Resepi Apam Nasi Kukus Yang Sedap

Resepi Apam Nasi Kukus Yang Sedap|
SEBELUM ni kalau anda perasan kami pernah kongsikan resepi apam coklat kukus. Memang mudah nak cuba buat resepi apam coklat kukus. Teringin pula petang sebegini ingin kami kongsikan 'Resepi Apam Nasi Kukus' khas untuk anda semua. Mudah dan menyelerakan sekali!

Baca juga:
👉 Resepi Apam Coklat Kukus Yang Mudah
👉 Resepi Apam Viral Guna 3 Bahan

Resepi Apam Nasi Kukus Yang Sedap

Resepi Apam Nasi Kukus Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 3 Cawan Tepung Beras
  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Nasi
  • 1 Cawan Gula Halus
  • 1 Paket Yis Mauripan
  • 2 Cawan Air
  • Kelapa Parut Putih (Dikukus)
Cara Membuat Apam Nasi Kukus:
  1. Pertama kali, blend nasi dan sekali air sehingga hancur. Masukkan gula pula dan blend sehingga sebati.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan yis dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Perap selama 2-3 jam.
  4. Kemudian, didihkan air dalam pengukus.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit.
  6. Selepas siap dikukus, hidangkan bersama kelapa parut putih.
Info:
Bagi yang ingin mendapat kelainan warna apam nasi kukus. Boleh tambah pewarna sendiri!

Baca juga:
👉 Resepi Apam Balik Red Velvet Yang Mudah

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Mudah kan! Jangan lupa cuba resepi apam nasi kukus dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.