Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah
Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah|
SEBELUM ini pernah kami kongsikan resepi ayam masak merah dan ayam masak paprik ala Thai. Memang sedap masakan ayam seperti ini terutama ayam masak paprik ala Thai. Bagi anda yang selalu memikirkan masakan ayam apa yang kurang complicated. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah'. Cukup sekadar masakan yang simple tetapi citarasanya yang amat sedap. Jom lihat resepi masakan dibawah!
Baca juga:
Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah
Bahan-bahan:

- 500g Ayam (Dipotong kecil)
- 1 Sudu Kecil Tepung Jagung
- 6 Biji Cili Padi
- 3 Ulas Bawang Merah
- 4 Ulas Bawang Putih
- 1 Bawang Besar
- 1 Inci Halia
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- Sedikit Kicap
- Sedikit Lada Hitam
- Secukup Gula dan Garam
Cara Menyediakan Ayam Masak Halia:
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang sudah dipotong kecil.
- Kemudian, perap bersama sos tiram, serbuk lada hitam dan sedikit garam selama 15 minit.
- Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau harum.
- Kemudian, masukkan bawang besar, bawang merah dan cili padi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
- Akhir sekali, masukkan secukup gula dan garam dan kacau sehingga benar-benar masak.
- Selepas siap dimasak, hidangkan bersama dengan nasi panas.
Memang terbaik dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba resepi dari dapur Topresepi.com!
Post a Comment