Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur|KALAU sebelum ini pernah kami kongsikan satu resepi kek coklat moist dengan telur. LIHAT JUGARESEPI KEK COKLAT MOIST MELELEH. Tapi kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur'. Yang ini kami masukkan sekali dengan telur. Bahan-bahan pun lebih kurang cuma tambahan diletakkan telur sahaja. Memang senang nak buat dan rasanya pun sedap. Nak tahu apa bahan-bahan dan cara penyediaannya? Jom teruskan bersama kami dibawah!

Baca juga:
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur

Bahan A:
  • 125g Tepung Gandum
  • 2 Sudu Kecil Baking Powder
  • 2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
Bahan B:
  • 1 Cawan Serbuk Koko
  • 1/2 Susu Pekat Manis
  • 2 Susu Cair
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung
  • Secubit Garam
Bahan C:
  • Jus Lemon
Topping Coklat:
  • 1 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Cawan Susu Pekat Manis
  • 1 Cawan Minyak Jagung
Cara Penyediaan Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur:
  1. Ayakkan bahan A dan kacau sehingga rata.
  2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan kacau adunan sehingga sebati.
  3. Tutupkan api buat seketika.
  4. Kemudian, campurkan bahan A dan bahan B tadi dengan menggunakan whisk. Kacau sehingga sebati.
  5. Yang terakhir masukkan bahan C lalu kacau.
  6. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
  7. Kukus adunan tadi selama 40-45 minit.
  8. Selepas siap dikukus, biarkan seketika selama 5 minit dan hiaskan dengan topping.
Baca juga:

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi kek coklat moist kukus tanpa telur dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.