Resepi Kek Red Velvet Yang Mudah

Resepi Kek Red Velvet Yang Mudah|
NAK tahu resepi apa kali ini yang akan dikongsikan dari dapur Topresepi.com. Adakah anda pernah buat kek red velvet sebelum ini? Kek red velvet sebenarnya gemar dibuat ketika adanya majlis perkahwinan atau majlis hari jadi. Nak tahu resepi kek red velvet? Teruskan bersama kami dibawah!

Baca juga:
Resepi Kek Red Velvet Yang Mudah

Resepi Kek Red Velvet Yang Mudah

Bahan-bahan:
  • 1/2 Cawan Butter
  • 2 Biji Telur
  • 250g Tepung Penaik
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 1 Cawan Gula
  • 2 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 2oz Pewarna Merah
  • 1 Cawan Buttermilk
Cara Penyediaan Kek Red Velvet:
  1. Pertama kali, pukul mentega dan masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji lalu pukul sehingga kembang.
  3. Kemudian, masukkan baking powder, tepung penaik, serbuk koko ke dalam bekas. 
  4. Sementara itu, masukkan juga buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla diselangselikan dengan bahan di atas. Pastikan dibuat 3 bahagian.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-45 minit.
  6. Angkat kek tadi sekiranya sudah benar dimasak.
Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan:
  • 350g Cream Cheese
  • Butter
  • 2 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 2 Cawan Gula Aising
Cara Penyediaan Frosting Cream Cheese:
  1. Pukul cream cheese bersama butter dan kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan vanilla dan gula aising sambil diputar sehingga sebati.
  3. Sapu frosting tadi ke seluruh kek.
Baca juga:
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi kek red velvet di rumah anda!

Sumber Foto: Aynorablogs

No comments

Powered by Blogger.