Resepi Sotong Sumbat Yang Sedap

Resepi Sotong Sumbat Yang Sedap|
ADAKAH anda seorang yang gemar akan sotong sumbat? Sebenarnya bukan susah nak buat sotong sumbat ni. Kalau anda nak tahu pelbagai masakan boleh dibuat dengan sotong sumbat samada bersama kuah sambal bali, berempah mahupun bakar. Kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan 'Resepi Sotong Sumbat Yang Sedap'. Memang menyelerakan mengenakan ramuan terbaik dari masakan kami.

Baca juga:
Resepi Sotong Sumbat Yang Sedap

Resepi Sotong Sumbat Yang Sedap

Bahan Sumbat:
  • Udang
  • Cili Merah
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Lada Sulah
  • Telur
  • Daun Sup dan Daun Bawang
  • Garam
Cara Menyediakan Bahan Sumbat:
  1. Satukan udang, bawang putih, bawang merah, cili merah yang telah dipotong bersama lada sulah dalam mangkuk.
  2. Gaulkan sekali sehingga sebati.
  3. Kemudian, pecahkan telur dalam mangkuk yang sama dan kacau.
  4. Masak seperti telur dadar dan hancurkan. Biarkan sejuk seketika.
Bahan Sambal:
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 2 Biji Bawang Merah
  • Halia
  • 1 Batang Serai
  • 1 Sudu Kicap Manis
  • 1 Sudu Sos Tiram
  • Secukup Garam dan Gula
Cara Menyediakan Sambal:
  1. Sumbatkan bahan sumbat tadi ke dalam sotong lalu biarkan. Pastikan pin menggunakan lidi.
  2. Kemudian, tumiskan serai dengan bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan kicap, sos tiram, dan garam.
  4. Tumiskan sehingga kuah agak pekat.
  5. Masukkan sotong sumbat tadi dan biarkan masak. 

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba!

Sumber Foto: Laci-kopak

No comments

Powered by Blogger.