Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

Resepi Kek Coklat Moist Meleleh|KEK coklat moist merupakan kek kukus yang menjadi kegilaan orang ramai terutama bagi kanak-kanak. Kali ini kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan 'Resepi Kek Coklat Moist Meleleh' khas untuk anda. Bukan susah sangat pun nak buat resepi nih. Jom teruskan bersama kami dibawah!|Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah

Baca juga:
👉 Resepi Apam Coklat Kukus Yang Mudah
👉 Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap

Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

Bahan Pertama
  • 1 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 1 Cawan Gula Pasir
  • 1/2 Cawan Susu Pekat Manis
Bahan Kedua
  • 1 1/4 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Soda Bikarbonat
  • 4 Biji Telur
  • 1 Sudu Esen Vanilla
Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:

Campuran Pertama:
-Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, dan marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil.

Campuran Kedua:
-Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.

-Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang.

Campuran Ketiga:
-Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang.

-Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

-Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

-Selepas itu, sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.

-Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Cara Menyediakan Ganache:
Bahan-bahan:
  • 1/2 Cawan Susu Pekat Manis
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 2 Sudu Besar Mentega
Cara Membuat Ganache:
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk dan kacau sehingga pekat
  • Kemudian, masukkan mentega dan tutup api
  • Biarkan seketika sehingga sejuk dan letakkan atas kek coklat moist anda
Baca juga:

Selamat mencuba! Teruskan bersama kami dari dapur Topresepi.com.

No comments

Powered by Blogger.