Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Sedap

Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Sedap|
SUP daging ala Thai merupakan salah satu menu pilihan utama saya ketika makan di Kedai Makan Thai. Memang sedap dengan rasanya sup yang pedas, masam dan masin dan dimakan dengan nasi panas. Nak cuba resepi sup daging ala Thai? Jom lihat resepinya dibawah!

Baca juga:
Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Sedap

Resepi Sup Daging Ala Thai Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 1kg Daging
  • 6 Tangkai Cili Padi
  • 1 Labu Bawang Holland
  • 1 Inci Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih dan Buah Pelaga
  • 1 Biji Tomato
  • 1/2 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam dan Putih
  • 2 Biji Limau Nipis
  • 1 Inci Halia
  • Secukup Garam
Cara Penyediaan Sup Daging Ala Thai:
  1. Masak daging terlebih dahulu sehingga menjadi lembut.
  2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, halia, lada hitam dan lada putih dan masak lagi.
  3. Kemudian, masukkan buah tomato dan bawang Holland dan renih lagi.
  4. Masukkan pula cili padi dan secukup garam.
  5. Selepas siap dimasak, tuangkan sup ke dalam mangkuk dan perahkan limau nipis kedalamnya.

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Memang mudah kan! Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.