Resepi Kek Coklat Lava yang menyelerakan

Jom cuba resepi kek coklat lava yang menyelerakan. Sedap di hidang pada waktu minum petang dan kanak-kanak pasti menyukainya. 



Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B:
1/3 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara penyediaan:


Campuran 1:

-Campuradukkan semua bahan-bahan A iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya.

Campuran 2:

-Campuradukkan dan ayak bahan B iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
-Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul.

Campuran 3:

-Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata.

-Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati.

-Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.

-Tutup loyang anda dengan aluminium foil, supaya wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.

-Kukus kek coklat moist selama 1 jam


Cara Menyediakan Ganache:

Bahan-bahan:
1/2 cawan susu pekat mains
2 sudu besar serbuk kook
2 sudu besar mentega

Cara Membuat:

Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau sehingga  pekat.

Kemudian masukkan mentega dan tutup api.

Tunggu sehingga ia sejuk dan topping ke kek coklat moist anda.

Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk dihidang.

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.