Resepi Kuih Kerbau Guling Yang Viral di Kelantan

Resepi Kuih Kerbau Guling Yang Viral di Kelantan|MENJADI tular baru-baru ini di media sosial terutama di Facebook mengenai satu kuih yang dijual di bazar Ramadhan Kelantan iaitu 'Kuih Kerbau Guling'. Yang menarik tentang kuih ini iaitu mengenai penggunaan bahannya dan cara hasil pembakaran tempurung kelapa. Kalau anda teringin nak merasa resepi kuih kerbau guling atau koleh hitam ini, anda boleh cuba resepi kami kongsikan dibawah.

Resepi Kuih Kerbau Guling Yang Viral di Kelantan

Resepi Kuih Kerbau Guling Yang Viral di Kelantan

Bahan-bahan:
- 1/2 kg Tepung Beras
- 1 Cawan Tepung Jagung
- 1/2 Kelapa Parut
- 2 Sudu Teh Kapur Makan
- 1/2 Gula Pasir
- 1-2 Liter Air

Cara Menyediakan Kerbau Guling:

1. Pertama kali, gaulkan tepung jagung dan tepung beras sehingga sebati.

2. Masukkan sedikit air tadi untuk bancuh kapur makan.

3. Kemudian, masukkan tepung ke dalam kuali dan campurkan air kapur serta baki air 2 liter tersebut.

4. Masukkan gula dan buka api sederhana lalu kacau adunan sehingga mula likat dan bertukar warna.

5. Apabila adunan mula kelihatan hitam, tanda adunan anda sudah masak dan tutup api

6. Alaskan loyang dengan plastik dan masukkan adunan tadi.

7. Bila hendak dimakan, barulah gulingkan ke dalam salutan kelapa muda. Siap untuk dimakan!

Follow bersama page kami di Facebook:
Mudah kan! Boleh ja kalau nak cuba sendiri buat kuih kerbau guling dirumah. Terima kasih bersama kami dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.