Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai|
MASAKAN ayam paprik ala Thai merupakan makanan yang dipopularkan dari negara jiran, Thailand. Seperti masakan Thai yang lain, masakan ayam paprik ini amat mempunyai citarasa yang lengkap seperti pedas, masam dan manis. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai' khas untuk santapan anda.

Baca juga:
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Bahan-bahan:
A) Bahan Utama

  • 2 Bahagian Dada Ayam (Dipotong Kecil)
  • 2 Helai Daun Limau Purut
  • 4 Biji Cili Padi (Diketuk)
  • 1 Biji Cili Merah
  • 2 Ulas Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1/2 Cawan Air
  • Sedikit Garam dan Kicap Manis
B) Bahan Sayuran
  • 2 Biji Putik Jagung
  • Sedikit Bunga Kobis
  • 1/2 Biji Lobak Merah
Cara Menyediakan Ayam Masak Paprik Ala Thai:
  1. Pertama kali, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu dan goreng hirisan ayam sehingga kelihatan keputihan.
  2. Kemudian, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga berbau harum.
  3. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato lalu kacau sehingga rata.
  4. Selepas itu, masukkan ayam telah digoreng  tadi dan kacau lagi sehingga rata.
  5. Masukkan serai, daun limau purut, sedikit air dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan kesemua bahan sayuran dan bawang besar. Biarkan sayuran itu masak sampai empuk.
  7. Hidangan telah siap dimasak.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.