Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap

Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap|MENJADI trending di media sosial terutama di Facebook mengenai 'Kek Viral Coklat Lava' yang mendapat sambutan hangat orang ramai. Memang menarik dan sedap kek coklat lava ini. Kali ini kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap' khas untuk pengunjung setia blog ini.

Baca juga:
👉 Resepi Apam Coklat Kukus Yang Mudah
👉 Resepi Kek Milo Viral Yang Mudah

Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap

Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap

Bahan Pertama:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
Cara Menyediakan Kek Coklat Lava:

Campuran 1:
-Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya.

Campuran 2:
-Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
-Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul.

Campuran 3:
-Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata.
-Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati.
-Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
-Tutup loyang anda dengan aluminium foil, supaya wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
-Kukus kek coklat moist selama 1 jam

Cara Menyediakan Ganache:

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar mentega
Cara Membuat:

1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam
    periuk(api kecil) dan kacau sehingga
    pekat.
2. Kemudian masukkan mentega dan tutup
    api.
3. Tunggu sehingga ia sejuk dan topping ke
    kek coklat moist anda.
4. Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk
    dihidang.

Baca juga:
👉 Resepi Kek Milo Bakar Yang Mudah
👉 Resepi Kek Span Vanilla Yang Mudah

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

Kredit Foto: Daridapur

No comments

Powered by Blogger.