Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap

Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap|
BAGI anda yang gemarkan pelbagai jenis 'cupcake', anda tidak perlu risau membuat sendiri cupcake dengan cara mudah di rumah. Nak tahu cara membuat 'Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap'? Teruskan bersama kami dari Topresepi.com!

Baca juga:

Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap

Resepi Vanilla Cupcake Yang Sedap

Bahan-bahan:

A) Untuk Cupcake
  • 125g Tepung Naik Sendiri
  • 125g Gula Pastor
  • 125g Unsalted Butter
  • 3 Biji Telur Gred A
  • 1/4 Sudu Teh Soda Bikarbonat
  • 1 1/2 Sudu Besar Susu Dutch Lady
  • Esen Vanilla
B) Untuk Buttercream
  • 200g Unsalted Butter
  • 300g Gula Icing
  • 2 Sudu Besar Susu Dutch Lady
  • Esen Vanilla
Cara Penyediaan Vanilla Cupcake:

A) Untuk Cupcake
  • Pertama kali, ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Pukul butter bersama gula sehingga kelihatan kuning pucat dengan menggunakan mixer.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji lalu masukkan vanilla esen. Pukul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan tepung sikit-sikit lalu letakkan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam cawan kertas anggaran 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit atau kek kelihatan kekuningan.
B) Untuk Buttercream

1.  Satukan susu dan esen vanilla di dalam
     bekas.
2.  Kemudian, pukul butter sehingga
     berkrim dan warna pucat.
3.  Masukkan gula icing sikit demi sikit  dan      kacau sehingga sebati.
4.  Selepas itu, tuang pula adunan susu dan      vanilla sedikit demi sedikit sehingga
     tekstur nampak lembut.
5.  Masukkan buttercream tadi ke dalam
     piping bag. Barulah, nozzle buttercream
     ke atas cupcake yang telah siap dibakar.

Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Senang kan! Ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh komen diruangan bawah. 

No comments

Powered by Blogger.