Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah|SUDAH lama rasanya dapur kami tidak kongsikan resepi khas untuk anda. Sudah pasti setiap dari anda yang menyukai akan ayam goreng KFC. Kali ini ingin kami kongsikan 'Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah' khas untuk pengunjung setia portal ini. Jom lihat resepi dibawah!

Baca juga:
👉 Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
👉 Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah

Bahan Perap Ayam:
  • 1 Ekor Ayam - Dipotong
  • 8 Ulas Bawang Putih
  • 2 Sudu Serbuk Kari Ayam
  • 3 Sudu Besar Serbuk Cili
  • 2 Sudu Teh Garam
  • Sedikit Air
Bahan Salut Tepung Ayam:
  • 2 Cawan Tepung Jagung
  • 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Biji Telur - Gred A
  • 1 Sudu Serbuk Cili
  • Sedikit Soda Bikarbonat
  • Secubit Garam
Cara Penyediaan Ayam Goreng Ala KFC:
  1. Pertama kali, perap ayam terlebih dahulu dengan bahan perap lebih kurang 1 jam. 
  2. Kemudian, gaul semua bahan salut tepung ayam sehingga sebati.
  3. Selepas itu, pecahkan telur dan gaulkan sekali dengan adunan ayam tadi.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang disalut dengan tepung ayam tadi.
  5. Goreng sehingga benar-benar masak. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Mudah kan! Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.