Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup|
ANDA pernah makan udang goreng celup tepung? Resepi Udang Goreng Tepung merupakan makanan admin kerana rasanya yang sangat rangup disamping cara penyediaannya yang mudah. Kebiasaannya, udang goreng tepung ini dimakan ketika ia masih panas lagi. Memang rasa kesedapan dan kerangupannya. Nak tahu resepi dan cara membuat udang goreng tepung? Jom lihat resepi dibawah!

Baca juga:
👉 Resepi Ayam Goreng Ala KFC Yang Mudah
👉 Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

Resepi Udang Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan:
  • Udang (mengikut kehendak anda)
  • 80g Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Baking Powder
  • Sedikit Garam
Cara Penyediaan Udang Goreng Tepung :
  1. Masukkan garam bersama baking powder dan tepung gandum.
  2. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati. Biarkan buat seketika.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali lalu celupkan udang ke dalam bancuhan tepung tadi. 
  4. Masukkan udang tersebut ke dalam kuali dan goreng sehingga kelihatan keperangan.
  5. Selepas siap digoreng, boleh dah diangkat dan toskan. 
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

Sumber Foto: Resepikampung

No comments

Powered by Blogger.