Resepi Ayam Panggang Madu Dengan Mudah

Resepi Ayam Panggang Madu Dengan Mudah|PASTI setiap daripada anda ingin juga merasai membuat sendiri ayam panggang madu tanpa membeli di kedai. Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan 'Resepi Ayam Panggang Madu Dengan Mudah' khas untuk pengunjung setia. Bukan susah sangat pon nak buat ayam panggang madu ni. Anda sendiri pon mampu lakukan! Jom lihat resepi ayam panggang madu dibawah!

Baca juga:

Resepi Ayam Panggang Madu Dengan Mudah

Resepi Ayam Panggang Madu Dengan Mudah

Bahan-bahan:
  • 2 Ketul Ayam Bahagian Dada
  • 5 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk halus)
  • 1 Inci Halia (Ditumbuk halus)
  • 3 Sudu Sos Tiram
  • 4 Sudu Madu
  • 2 Sudu Kicap
  • Serbuk Lada Hitam
  • Secukup Garam (Ikut citarasa anda)
Cara Masak Ayam Panggang Madu:
  1. Pertama kali, masukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk lada hitam, kicap ke dalam bekas. Gaulkan sehingga sekata
  2. Kemudian, sapukan bahan perapan pada ayam dan dibiarkan selama 3 jam
  3. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam oven selama 30-40 minit dalam keadaan suhu 200 darjah
  4. Tunggu sehingga benar-benar masak
Follow bersama page kami di Facebook:

Selamat mencuba dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.