Resepi Aiskrim Oreo Yang Mudah

Resepi Aiskrim Oreo Yang Mudah|
SEBELUM ini kami pernah kongsikan resepi aiskrim coklat yang mudah. Tapi kali ini kami akan kongsikan satu resepi aiskrim yang lain iaitu 'Resepi Aiskrim Oreo Yang Mudah' khas buat pengunjung setia blog ini.

Baca juga:

Resepi Aiskrim Oreo Yang Mudah

Bahan-bahan:
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 1 Tin Susu Cair
  • 1 Biji Telur
  • 1 Sudu Besar Ovalett
  • 1 Paket Biskut Oreo
Cara Penyediaan Aiskrim Oreo:
  1. Pertama kali, masukkan esen vanilla, susu cair, telur dan ovalett ke dalam blender atau mixer.
  2. Kemudian, putar semua bahan tadi sehingga ia kembang.
  3. Tuangkan adunan yang telah kembang ke dalam bekas aiskrim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan.
  4. Selepas itu, kacau biskut oreo tadi bersama bahan yang diputar tadi.
  5. Masukkan bekas aiskrim tadi ke dalam freezer.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.