Resepi Kek Vanilla Yang Mudah

Resepi Kek Vanilla Yang Mudah|
TAHUKAH anda kek span vanilla merupakan kegemaran orang ramai disebabkan rasanya yang lembut dan juga mudah dibuat. Resepi kek span vanilla biasanya kita jadikan sebagai asas kek. Kek span vanilla ini sebenarnya juga dikenali sebagai 'Sponge Cake'. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Kek Vanilla Yang Mudah' khas dari dapur Topresepi.com!

Baca juga:

Resepi Kek Vanilla Yang Mudah

Resepi Kek Vanilla Yang Mudah

Bahan-bahan:
  • 170gm Tepung Kek
  • 5gm Baking Powder
  • 50gm Minyak Jagung
  • 4 Biji Telur Gred A
  • 15gm Ovelatte
  • 1 Sudu Esen Vanilla
  • 150gm Gula Halus
  • Air
Cara Penyediaan Kek Span Vanilla:
  1. Pertama kali, campurkan tepung kek dan baking powder dan diayak.
  2. Masukkan, semua bahan ke dalam mixer kecuali minyak jagung.
  3. Putar sehingga nampak gebu pada kelajuan putaran yang sederhana.
  4. Selepas kelihatan gebu, tutup mixer anda. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula sampai rata.
  5. Kemudian, siapkan loyang dan lepikan dengan kertas kek lalu tuangkan bahan kek tadi.
  6. Panaskan oven dan bakar kek pada suhu 170°c selama 20-25 minit.
  7. Selepas kek tersebut sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan selama 5 minit.
Baca juga:

Mudah kan! Terima kasih sentiasa bersama kami dengan resepi masakan yang menarik!

No comments

Powered by Blogger.