Resepi Sup Ayam Cendawan Yang Sedap

Resepi Sup Ayam Cendawan Yang Sedap|
ADAKAH anda tahu tentang cara menyediakan resepi sup ayam cendawan? Memang nampak menarik resepi ni kan! Sup ayam cendawan memang sesuai dimakan oleh seisi keluarga dan menjadi kegemaran kepada golongan wanita yang lepas bersalin. Jom kali ini kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan 'Resepi Sup Ayam Cendawan Yang Sedap' khas buat pengunjung setia blog ini.

Baca juga:

Resepi Sup Ayam Cendawan Yang Sedap

Resepi Sup Ayam Cendawan Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 1kg Ayam (Dipotong kecil)
  • 10 Keping Cendawan Kering (Direndam)
  • 6 Biji Cili Padi (Diketuk)
  • 1 Kiub Ayam Maggi
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
  • Garam Secukup Rasa
Bahan Tumisan:
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 2 Inci Halia (Diketuk)
Cara Penyediaan Sup Ayam Cendawan:
  1. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia kemudian ditumis sehingga naik bau harum.
  2. Masukkan potongan ayam dan masak selama 10 minit.
  3. Kemudian, masukkan secukup air, kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam. Biarkan ayam itu mendidih sehingga empuk.
  4. Selepas itu, masukkan cendawan dan cili padi yang diketuk. Biarkan sup benar-benar mendidih. 
  5. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi sup ayam cendawan dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.