Resepi Kuih Lapis Yang Sedap
Resepi Kuih Lapis Yang Sedap|ANDA pernah cuba membuat kuih lapis? Kali ini ingin kami kongsikan resepi kuih lapis warna merah putih khas untuk anda. Kuih lapis ini amat sedap rasanya dan mudah dibuat. Lebih sedap lagi apabila makan selapis demi selapis. Resepi kuih lapis merah putih ini amat sesuai dijamah pada sarapan pagi dan makan petang. Jom lihat resepi kuih lapis dibawah!
Resepi Kuih Lapis Yang Sedap
Bahan-bahan:
Resepi Kuih Lapis Yang Sedap
Bahan-bahan:
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 2 Cawan Tepung Beras
- 2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Santan
- 1 Cawan Gula Pasir
- 1/2 Sudu Teh Garam
- Sedikit Pewarna Merah dan Perisa Sos
- Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar. Tutup api.
- Kemudian, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan santan dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
- Selepas itu, bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.
- Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang yang telah diletakkan sedikit minyak ke dalam kukusan.
- Kukus selama 5 - 10 minit dengan api sederhana.
- Selepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah pula lalu kukus lagi.
- Ulangi proses hingga dapat lapisan yang diinginkan.
- Angkat dan siap untuk dipotong.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi
Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!
Post a Comment