Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah|
ANDA pernah cuba buat sup ikan merah di rumah sebelum ini? Sup ikan merah kebanyakkannya menjadi favourite bagi kanak kanak dan amat sesuai diambil bagi ibu-ibu yang tengah berpantang dan ketika badan tidak berapa sihat . Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah' khas untuk anda.

Baca juga:
Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah

Bahan-bahan:
  • 2-3 Ekor Ikan Merah Sederhana
  • 2 Biji Tomato (Dipotong 4)
  • 1 Batang Kayu Manis
  • Daun Sup
  • Secukup Garam
Bahan Dikisar:
  • 1 Inci Halia
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Bungkus Sup Bunjut Ikan Adabi
  • Lada Hitam
Cara Penyediaan Sup Ikan Merah:
  1. Potong ikan kepada beberapa bahagian.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar dan kayu manis.
  3. Kemudian, masukkan sup bunjut ikan adabi dan kacau sehingga naik bau harum.
  4. Masukkan air yang secukupnya ke dalam periuk.
  5. Selepas itu, masukkan pula ikan yang dipotong tadi dan kemudian masukkan tomato.
  6. Masukkan secukup garam dan biarkan sup mendidih sehingga ikan masak.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.