Resepi Shell Out Seafood Yang Mudah

Resepi Shell Out Seafood Yang Mudah|
PASTI setiap dari anda pernah mencuba Shell Out Seafood di tempat anda. Apa sebenarnya yang menarik dan keistimewaan tentang hidangan Shell Out ini? Makanan ini sebenarnya menjadi satu trending di kalangan orang ramai terutama penggemar makanan laut di Malaysia. Kali ini pihak kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan 'Resepi Shell Out Seafood Yang Mudah'.

Resepi Shell Out Seafood Yang Mudah

Resepi Shell Out Seafood Yang Mudah

Bahan Makanan Laut:

  • Kerang
  • Udang
  • Ketam
  • Sotong
  • Kupang
Bahan Sayuran:
  • Brokoli (Dipotong kecil)
  • Jagung (Dipotong 3 bahagian)
  • Carrot
  • Kentang (Dipotong kecil)
Bahan Tumisan:
  • 12-15 Biji Cili Padi
  • 7 Ulas Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 1 Batang Serai
  • 1 Inci Halia
  • 1 Sudu Besar Butter
  • Daun Kari
Bahan Kisar:
  • 15 Ulas Bawang Merah
  • 10 Ulas Bawang Putih
  • 2 Labu Bawang Besar
  • 1 Inci Halia
  • 20 Cili Kering
  • 1 Inci Belacan
Bahan Perasa:
  • 2-3 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2-3 Sudu Besar Sos Kari Ikan
  • 1 Kiub Pati Ayam
  • 1 Sudu Serbuk Lada Hitam
  • Gula dan Garam Secukup Rasa

Cara Penyediaan Shell Out Seafood:
  1. Panaskan butter bersama minyak dalam kuali. Masukkan semua bahan tumisan dan tumis sampai bau harum.
  2. Kemudian, masukkan pula bahan kisar dan masak sampai garing. Masukkan bahan perasa dimulai rempah kari terlebih dahulu sehingga garing disusuli sos ikan, sos tiram, kiub ayam, serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
  3. Biarkan kuah sampai merenih dan angkat apabila sudah merenih.
  4. Panaskan 1 senduk besar kuah. Masukkan kupang dan kemudian masak sekejap dan angkat.
  5. Panaskan 1 lagi senduk besar kuah dan masukkan ketam pula masak sekejap dan angkat.
  6. Kemudian, masukkan brokoli, sotong, udang dan carrot masak sekejap dan angkat. Pastikan masak seafood secara berasingan.
  7. Manakala untuk jagung dan kentang biarkan direbus sahaja dan shell out siap untuk dihidangkan.
Follow bersama page kami di Facebook:
Mudah kan! Boleh ja kalau nak cuba sendiri buat shell out seafood dirumah. Terima kasih bersama kami dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.