Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat

Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat|BLUEBERRY cheese cake merupakan kegemaran orang ramai terutama bagi kanak-kanak. Bukan sahaja mempunyai rupa yang menarik malah citarasanya memang lazat sekali. Adakah anda pernah mencuba blueberry cheese cake? Kali ini tim kami akan kongsikan 'Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat'.

Baca juga:
Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat

Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat

Bahan-bahan:
Bahan A:
  • 100g Biskut Marie (Dihancurkan)
  • 100g Butter
Bahan B:
  • 65g Whipping Cream
  • 165g Gula Kastor
  • 250g Krim Keju
Topping:
  • Blueberry 
  • Jus Lemon
Cara Penyediaan Blueberry Cheese Cake:
  1. Pertama kali, hancurkan biskut marie terlebih dahulu.
  2. Cairkan mentega dan tuangkan ke dalam bekas biskut tadi. Kacau sehingga rata.
  3. Kemudian, tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata.
  4. Pukul whipping cream sehingga pekat. Pukul krim keju bersama-sama jus lemon dan gula kastor sehingga sebati.
  5. Kemudian, tuangkan bahan tadi ke dalam bekas whipping cream dan gaul sampai rata.
  6. Tuangkan adunan krim keju ke atas adunan biskut tadi lalu ratakan dan letakkan buah blueberry. 
  7. Selepas itu, sejukkan di dalam peti ais.
  8. Masukkan semua bahan sekali untuk membuat topping.
  9. Apabila ia mendidih, tutup api lalu sejukkan untuk seketika.
  10. Tuangkan kuah topping tadi ke atas blueberry cheese cake tersebut.
Baca juga:
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.