Resepi Cheesy Wedges Ala KFC Yang Simple

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC Yang Simple|BAGI anda yang gemarkan cheesy wedges ala KFC. Anda patut cuba resepi cheesy wedges yang kami kongsikan ini. Mudah sahaja dan mempunyai rasa yang enak apabila dijamah pada waktu petang. Jom lihat resepi cheesy wedges dibawah!

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC Yang Simple

Resepi Cheesy Wedges Ala KFC Yang Simple

Bahan Asas:
  • Kentang
  • Pati Ayam
  • Tepung Gandum
  • Serbuk Lada Hitam
  • Garam
Bahan Sos Cheesy:
  • 3-4 Sudu Butter
  • 1 Sudu Tepung Gandum
  • 250ml Susu Cair
  • 5 Keping Cheese
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam
  • Pewarna Kuning
Cara Penyediaan Cheesy Wedges ala KFC:
  1. Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC.
  2. Kemudian, rebuskan kentang tadi di dalam periuk dan campur garam dan pati ayam.
  3. Angkat dan toskan kentang yang direbus tadi sekiranya sudah empuk. Sejukkan buat seketika.
  4. Kemudian, salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam lalu gaulkan sekali.
  5. Goreng wedges tadi ke dalam minyak yang panas sehingga warna keperangan.
  6. Jangan lupa pada masa sama buatkan sos cheesy pula. Panaskan butter sampai cair, masukkan susu, tepung gandum dan kacau sehingga sebati. 
  7. Masukkan kepingan cheese, kiub pati ayam dan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  8. Hidangkan wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi cheesy wedges ala KFC khas menu dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.