Resepi Ayam Masak Bali Yang Sedap

Resepi Ayam Masak Bali Yang Sedap|
ANDA pernah cuba buat resepi ayam masak bali di rumah? Apa yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar perkataan 'Bali'? Mesti anda teringat akan kecantikan dan keunikan melancong di Bali. Tapi bukan itu yang nak kami ceritakan. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Ayam Masak Bali Yang Sedap' khas untuk anda. Jom lihat resepinya dibawah!

Baca juga:
Resepi Ayam Masak Bali Yang Sedap

Resepi Ayam Masak Bali Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 1/2 Ekor Ayam
  • 4 Batang Serai
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • Sedikit Air
  • Secukup Garam
  • Sedikit Kunyit
  • Kicap Manis
Bahan Dikisar:
  • 3 Biji Bawang Besar
  • 6-7 Biji Bawang Putih
  • 4 Ulas Bawang Merah
  • 2 Inci Halia
Cara Penyediaan Ayam Masak Bali:
  1. Gaulkan ayam yang telah dipotong bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian, masak ayam sehingga separuh masak lalu angkat ayam dan toskan.
  2. Tumis daun kari dan serai hingga naik bau harum.
  3. Selepas itu, masukkan semua bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula ayam yang digoreng tadi bersama kicap manis dan tuangkan sedikit air.
  5. Biarkan sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Memang sedap masakan ayam masak bali. Anda patut cuba sendiri buat masakan tersebut dirumah. Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.