Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh

Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh|PERNAH cuba makan tak pisang goreng cheese? Apa yang menarik dengan pisang goreng cheese? Yang belum cuba tu, patut kena try rasa. Memang sedap! Oleh itu, kami akan kongsikan 'Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh' khas untuk anda. Jom lihat resepi dibawah!

Baca juga:
👉 Resepi Blueberry Cheese Cake Yang Lazat
👉 Resepi Cheese Cake Yang Simple

Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh

Resepi Pisang Goreng Cheese Leleh

Bahan-bahan:
  • 1 Biji Pisang Tanduk
  • 4 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 3 Sudu Besar Tepung Beras
  • 1 Sudu Butter
  • 1 Biji Telur - Gred A
  • Serbuk Kunyit
  • Secubit Garam
Cara Memasak Pisang Goreng:
  1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, kunyit, butter, air, secubit garam dan telur dan gaulkan sekali.
  2. Kemudian, masukkan pisang yang telah dipotong ke dalam tepung dibancuh tadi.
  3. Panaskan minyak dan boleh untuk menggoreng.
Bahan Untuk Topping:
  • 1 Sudu Besar Butter
  • 1 Sudu Besar Susu Pekat Manis
Cara Membuat Topping:
  1. Cairkan butter terlebih dahulu dalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan susu pekat manis dan gaulkan sekali sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan pisang digoreng tadi ke dalam periuk.
  4. Siap untuk dihidangkan. Nak tambah sedap letakkan cheese cheddar di atas topping tadi.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.