Resepi Chocolate Brownies Yang Simple

Resepi Chocolate Brownies Yang Simple|
CHOCOLATE brownies pernah menjadi viral satu ketika dulu. Chocolate brownies merupakan kegemaran orang ramai terutama kepada golongan kanak-kanak. Selain rasanya yang enak, cara membuatnya pon begitu mudah sekali. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Chocolate Brownies Yang Simple' khas untuk anda.

Baca juga:
👉 Resepi Kek Coklat Lava Paling Sedap
👉 Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

Resepi Chocolate Brownies Yang Simple

Resepi Chocolate Brownies Yang Simple

Bahan-bahan:
  • 300g Dark Chocolate
  • 150g Unsalted Butter
  • 50g Gula Perang
  • 50g Gula Kastor
  • 100g Tepung Naik Sendiri
  • Serbuk Koko
  • 3-4 Biji Telur - Gred A
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • 50g Kacang  - Dicincang Halus
Cara Menyediakan Chocolate Brownies:
  1. Campurkan gula kastor, esen vanilla, gula perang dan telur ke dalam satu bekas. Gaul sehingga rata.
  2. Campurkan dark chocolate dan butter sekali dalam bekas lain.
  3. Kemudian, masak campuran tadi sehingga menjadi larut.
  4. Tuangkan campuran gula dan telur tadi ke dalam bekas campuran coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan kacang selepas itu. Ayak tepung sikit demi sedikit bersama serbuk koko dan kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian, panaskan oven pada suhu 150°c selama 15 minit. Selepas itu, bakar selama 30 minit.
  7. Selepas brownies sudah masak, tutup oven tersebut. Siap untuk dihidangkan.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

Kredit Foto: Blogopsi

No comments

Powered by Blogger.