Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple

Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple|
MEMANG tidak dapat dinafikan resepi ayam masak merah merupakan kegemaran orang ramai dihidangkan sebagau jaudah berbuka puasa atau kenduri. Sebenarnya bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya agak simple dan senang dimasak bila-bila masa sahaja. Baik! Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple' khas pengunjung setia blog ini.

Baca juga:
Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple

Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple

Bahan-bahan:
  • 1 Ekor Ayam
  • 3 Biji Tomato (Dibelah 4)
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 1 Inci Halia
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 70ml Santan
  • 200ml Air
  • Gula dan Garam Secukup Rasa
Bahan Dikisar:
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • 4 Biji Bawang Besar
  • Cili Kering
  • 1 Inci Halia
Cara Penyediaan Ayam Masak Merah:
  1. Panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu. Kemudian, tumiskan bahan hirisan sampai bau harum.
  2. Masukkan sos cili dan cili kering yang telah dikisar tadi. Kemudian, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam yang separuh dimasak tadi dan biarkan seketika.
  4. Selepas itu, masukkan santan dan air mengikut sukatan anda. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan tomato.
  5. Masak sehingga benar-benar pecah minyak dan sebati. Barulah kemudian tutup api.
Baca juga:
Follow bersama page kami di Facebook:
Senang kan! Terima kasih sentiasa bersama kami dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.