Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Sedap

Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Sedap|
RESEPI sup tulang ala Thai amat digemari oleh masyarakat di Thailand. Memang nampak menarik dan sedap rasanya setiap kali sup tulang dijamah bersama mee. Kali ini kami akan kongsikan 'Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Sedap'. Jom teruskan bersama kami dibawah!

Baca juga:

 Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Sedap

Resepi Sup Tulang Ala Thai Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg Tulang Rusuk (Dipotong kecil)
  • 150 g Daging Campur
  • 5 Ulas Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Labu Bawang Holland
  • 3 Biji Cili Padi (Diketuk)
  • 1 Biji Tomato (Dipotong 6)
  • 1 Biji Limau Nipis
  • 1 Inci Halia
  • Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga
  • 1 Bungkus Sup Bunjut Adabi
  • Daun Sup dan Daun Bawang
  • Secukup Garam
Cara Menyediakan Sup Tulang Ala Thai
  1. Pertama kali, masukkan tulang dan daging ke dalam periuk. Rebus sehingga benar-benar empuk.
  2. Setelah daging sudah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan.
  3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia hingga berbau wangi. 
  4. Tuangkan ke dalam periuk sup dan biarkan sup mereneh dengan api perlahan.
  5. Masukkan daun sup, daun bawang, cili padi, bawang besar holland, tomato dan garam secukup rasa.
  6. Selepas sup benar-benar masak, cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan hirisan limau nipis.
Baca juga:
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.