5 Resepi Biskut wajib di sediakan menjelang Hari Raya

1. Resipi Biskut coklat chip


Bahan-bahan :
185g butter
200g gula perang
100g gula kaster
1biji telur
1biji telur kuning
300g tepung gandum
1/2 sudu serbuk penaik
200g dark chocolate (dicincang halus)

Cara penyediaan :
1) panaskan oven 180c
2) campurkan butter dan gula dan kacau hingga sebati seperti krim
3) tambahkan telur dan kuning telur dan gaul sebati
4) tambahkan tepung gandum dan serbuk penaik
5) bentukkan adunan secara bulat dan letak dalam dulang
6) bakar dalam oven

2. Resipi Biskut Red Velvet


Bahan-bahan :

1 1/2 tepung gandum
2 1/2 sudu besar serbuk koko
1 sudu tepung jagung
3/4 sudu baking powder
1/2 cawan mentega
1 cawan gula kaster
1 sudu kecil cuka makan
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu esen vanilla
1 1/2 sudu kecil pewarna merah
3/4 cawan white coklat chip

Cara penyediaan :

1) ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan

2) putar mentega, gula kastor dan cuka makan menggunakan mixer sehingga putih dan kembang

3) masukkan telur, esen vanilla dan pewarna merah dan gaul sehingga sebati

4) masukkan tepung sedikit demi sedikit dan separuh white coklat chip. Separuh lagi simpan untuk hiasan

5) gunakan sudu dan bentukkan adunan secara bulat dan letak dalam dulang

6) masukkan adunan tadi dalam peti ais selama 15minit

7) bakar pada suhu 160c

8) angkat dan biarkan sejuk serta masukkan di dalam balang kedap udara


3. Resepi Cornflakes Madu ranggup


Bahan-bahan : 

1 kotak cornflakes madu (500g)
250g buttercup
1/2 tin susu pekat
5 sudu besar madu
5 sudu besar gula
1/2 sudu esen vanilla
Serbuk Badam

Cara penyediaan :

1) cairkan buttercup di dalam bekas

2) masukkan susu pekat, esen vanilla, gula, madu dan gaul sehingga pekat

3) kemudian sejukkan dahulu bancuhan tadi

4) tuang cornflakes, serbuk badam dan bancuhan tadi di dalam bekas dan gaul rata

5) masukkan di dalam cup dan taburkan hiasan (selalu guna badam)

6) bakar pada suhu 180c selama 5-7minit


4. Resepi Biskut Almond London


Bahan-bahan:

250 g mentega
150 g gula halus
450 g tepung gandum
100 g tepung jagung
1 1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu emplex
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
100 biji badam dibakar
3/4 cawan badam cincang (hiasan)
Coklat masakan

Cara penyediaan :

1) ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex dan serbuk penaik dan ketepikan

2) pukul mentega dan gula halus sehingga kembang dan gebu

3) masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati

4) pindahkan adunan kedalam mngkuk besar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut. Rehatkan selama 15minit

5) ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan biji badam di dalam. Bentuk secara membujur

6) susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 20minit

7) cairkan coklat secara double boiler. Celup biskut di dalam cairan coklat dan masuk dalam cawan kertas. Taburkan hiasan di atas dan Biarkan sehingga membeku


5. Resepi Biskut Tart nenas


Bahan-bahan :

250 g mentega
300 g tepung gandum
50 g gula kaster
40 g tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Inti nenas
Sedikit kuning telur (sapuan bahagian atas)

Cara penyediaan :

1) satukan kesemua bahan di dalam bekas dan uli menggunakan tanggan

2) Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti nenas dan gulung

3) sapukan kuning telur di bahgian atas dan bakar pada suhu 170c selama 25 minit.

No comments

Powered by Blogger.